Wednesday, December 5, 2007

Imej Hantu Di Lokasi Bekas Hospital


Dari jauh kelihatan imej hantu wanita misteri yang bersandar didinding.


Pada september 2006,Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900-an.Bekas hospital itu dikatakan diantara salah satu lokasi paling berhantu didunia.Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.


Jam menunjukkan pukul 6 pagi.Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba,dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin.Bulu romanya tegak berdiri.Lalu , dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan.


Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam.Beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut.Padahal , tiada sesiapa di bilik tersebut malam tadi melainkan tanda-tanda aneh kehadiran entiti hantu.




Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( linkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakain gaun.


Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah "Best Ghost Evidence" di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.


Misteri Gua Kristal "Fortress of Solitude" Terbongkar



Selepas menemui mineral 'kryptonite' pada bulan April yang lepas , saintis menemui pula beberapa kristal raksasa yang terpendam ribuan kaki dibawah Pergunungan Naica di sebuah padang pasir Chihuahua,Mexico.


Penghasilan kristal ini berlaku hasil daripada tindak balas air mineral dengan suhu yang sekitar 136 darjah fahrenheit.Pada suhu ini , mineral anhudrite yang mempunyai kandungan jumlah air yang banyak akan melarut menjadi gypsum iaitu kumpulan mineral halus yang menghasilkan kristal raksasa di gua Naica itu.


Kalau korang perasan , blok kristal raksasa itu menyerupai 'Fortress od Solitude' dalam filem sains fiksyen 'Superman'.Apa yg menarik adalah kristal ini bukanlah ketulan ais kristal seperti yang korang saksikan di dalam filem tersebut.


Inilah salah satu kekuasaan Tuhan.Allah Maha Besar.



sumber : National Geographic & Technovelgy

Misteri di Rumah Yus

Kisah ini dikirimkan oleh Yus dari Pokok Sena,Kedah melalui email aku faza_mb@yahoo.com. Beliau mempunyai kisah yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung blog yang lain.


Ceritanya bermula begini ...


Yus dibesarkan di sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Star , Kedah.Menurutnya,kampungnya itu sering mengalami kejadian aneh dan misteri.Dirumahnya sendiri juga berlaku jelmaan aneh yang menakutkan.


Rumahnya itu didirikan atas ehsan dan bantuan orang kampung sekitar tahun 1970-an diatas sekeping tanah wakaf perkuburan bersebelahan dengan surau.Jarak rumahnya dengan kubur hanya sejauh padang bola sahaja.Binaan awal pada ketika itu hanyalah kayu-kayu hutan cukup untuk berteduh dari panas dan hujan.Beberapa tahun kemudian , rumahnya yang diperbuat daripada kayu-kayu hutan itu didigantikan dengan papan yang lebih elok.


Menurut Yus lagi , rumah asal yang didiami oleh mereka itu pernah dilanda ribut kuat dan hampir roboh.Bayangkanlah rumah yang ibarat pondok itu sementara menanti untuk dibesarkan dan dibaiki sudah semestinya pasti akan roboh dilanda ribut.Ribut semakin mengganas dan mereka sekeluarga cemas.Lantas , ayahnya segera azan dengan kuatnya.Dengan takdir Tuhan , ribut berhenti dengan serta merta dan semuanya selamat daripada malapetaka itu.

Sekitar tahun 1980-an , yus yang berusia lima tahun terjaga daripada tidur lalu menangis.Menurut ibunya , yus terjaga kerana mendengar bunyi burung gud-gud (tak tau tempat lain org panggil apa) bersahut-sahutan.Menurut kepercayaan masyarakat dahulu , burung gud-gud dikaitkan dengan kematian dan kemunculan hantu di kala tengah malam.Pada tahun yang sama , ayah yus mula membaiki rumah mereka.Dinding kayu digantikan dengan batu-bata walaupun hanya separuh pinggang dan berlantaikan simen.Pada suatu malam , ibu yus dikejutkan dengan kunjungan makhluk aneh yang berwarna putih dan besar.Makhluk aneh itu terbang dan hinggap diatas papan di dalam rumah mereka.Selepas ibunya membaca beberapa ayat suci al-Quran , makhluk aneh itu segera ghaib dari pandangan.


Orang kampung yang keluar menoreh getah pada awal subuh sering ternampak cahaya api berkelip diatas bumbung rumah mereka.Sehinggakan , ada yang menuduh ibu yus membela hantu.Tetapi , ianya disangkal oleh ibunya kerana dirumah mereka sering berlaku kejadian aneh dan kemunculan makhluk-makhluk ghaib.


Pada tahun 90-an pula , berlaku kejadian pelik kepada abang kedua yus.Semasa abangnya tidur di dalam bilik bersama abang ketiganya , abangnya tersedar dari tidur kerana mendengar bunyi yang aneh.Pada mulanya abangnya hanya nampak ada cahaya kecil berwarna-warni yang cantik.kemudian, cahaya itu semakin membesar dan menyerupai lembaga perempuan.Lembaga perempuan itu berubah menjadi makhluk yang menakutkan dan mencekik leher abangnya itu.Abangnya yang pada waktu itu dicekik dan dirasuk oleh lembaga itu terus menjerit dan mengejutkan kedua ibu-bapanya.Lampu dipasang dan semasa ibunya memasuki bilik,dia terasa seperti ada 'sesuatu' yang berselisih dengannya.Abangnya semakin kuat menjerit dan jiran disebelah rumahnya dipanggil untuk mengubati abangnya yang dirasuk hantu.Alhamdulillah , abangnya yang dirasuk berjaya diubati.Pada malam keesokannya , yassin dibaca sehingga genap tujuh malam.Menurut jirannya itu , makhluk yang merasuk abangnya itu di buang di hujung kampung selepas merasuk seorang askar yang bertugas di hutan tersebut.Persoalan bagaimana pula abangnya itu dirasuk mungkin berpunca daripada keseronokan mereka melastik dan bermain dikawasan tersebut.


Diantara tahun 1991 hingga 1999,bilik abang ngahnya sering diceroboh makhluk hitam yang terbang melalui tingkap.Tingkap yang berlangsirkan sehelai kain itu disendalkan dengan rotan silat miliknya.Tengah sedap tidur , abangnya terjaga dan nampak macam angin meniup-niup kain langsir itu.Semakin lama semakin kuat padahal tiada tanda-tanda hari hendak hujan.Entah macamana, abang ngahnya bangun lalu memaki-hamun dan menendang 'benda' yang berada di tingkap itu.Apa lagi , berteraburlah rotan siliat dan tong speaker.'Benda' itu cuba untuk masuk ke dalam bilik lalu bersilatlah abangnya itu.Abang ngahnya segera membaca kalimah a'udhubillaahiminsshaitanirrajim, bismillah...tetapi selepas selesai dibacakan kalimah itu , 'benda' itu kembali sekali lagi.Ibunya menyuruh abang ngahnya membuka pintu sahaja.Sebaik pintu dibuka , terasa ada angin menghembus keluar.Yus yang pernah mengalami kejadian yang menakutkan segera berlari ke bahagian bawah rumah dan memasang lampu.Selepas selesai semuanya , dia dan abang chiknya yang ketakutkan naik tidur.


Kejadian misteri dirumah mereka berlanjutan sehingga yus sudah besar panjang dan bersekolah menengah.Biasalah , selepas waktu isyak dia suka lepak dibilik abangnya sambil berkhayal tentang masa depan.Jam pun sudak berdetik sehingga 3 pagi.Tiba-tiba dia tersedar daripada tidur dan dibiliknya itu gelap gelita.Biasanya cahaya lampu dari ruang tamu rumahnya akan tembus melalui dinding pecah tapi malam itu lain benar rasanya.Ada cahaya merah dari sebelah almari milik abangnya itu.Diperhatikannya lagi untuk mendapatkan kepastian dan alangkah terperanjatnya kerana cahaya merah itu sebenarnya kedua biji mata merah menyala yang menyinga kearahnya.Kaku seluruh badannya , dia pejamkan mata dan cuba untuk membaca apa yang patut tetapi dek kerana ketakukan yang teramat sangat , dia lupa kalimah ayat al-Qursi.Kemudian dia terasa badannya ringan semacam dan dia membuka matanya kembali.Keadaan di dalam bilik itu terang dan mata yang merah menyala itu ghaib secara tiba-tiba.


Menurut yus lagi , kejadian aneh sering berlaku seperti bunyi orang berjalan disekeliling ruamh , bunyi orang berlari di atas atap,cakaran di dinding dan bunyi orang menebas semak samun padahal tiada sesiapapun pada waktu itu.Mereka pun dah biasa dengan kejadian tersebut,almaklum bukan sehari dua mereka menghadapi situasi pelik tu.



Fazamania : Terima kasih yus kerana sudi berkongsi cerita misteri yang pernah kamu dan sekeluarga alami.Kepada pengunjung yang lain , kalau ada cerita yang hendak dikongsi.Silalah email.

Misteri 'Black Hole' Bennington


Masih ingat lagi dengan filem seram "The Blair Witch Project" dimana tiga orang pelajar filem yang cuba membongkar kisah legenda puaka Blair (Blair Witch) yang menjadi penunggu hutan Burkittsville di Maryland. Ketiga-tiga pelajar yang mengambil bahagian dalam projek itu Michael William, Heather Donahue dan Joshua Leonard telah dilaporkan hilang.


Walaupun filem "The Blair Witch Project" merupakan khalayan semata-mata namun peristiwa-peristiwa yang digambarkan di dalam filem tersebut sememangnya berlaku dalam kehidupan sebenar.Sepanjang tempoh lima tahun,10 orang telah dilaporkan hilang di kawasan berhampiran Green Mountains Vermont.Hutan di kawasan itu dipercayai berhantu dengan bayang-bayang yang menyeramkan dan juga cahaya aneh.


Pada 1942,seorang pekerja kilang yang bernama Henry MacDowell telah membunuh rakan sekerjanya lalu melarikan diri dan menyusup ke dalam hutan berhampiran Gunung Vermont.Sejak itu ,dia tidak lagi ditemui sehingga kini.


Pada 12 November 1945 , Middie Rivers mengetuai aktiviti pemburuan.Apabila kumpulannya pulang ke kem berhampiran Long Trail Road dan Route 9 , barulah disedari bahawa Middie telah hilang! Pasukan polis dan penyelamat melakukan tugas mencari namun Middie tidak ditemui.Hanya ada satu petunjuk misteri iaitu sebutir peluru yang ditemui berhampiran anak sungai dipercayai ianya terjatuh semasa Middie sedang minum air.


Setahun selepas itu pada 1 Disember 1946 , seorang pelajar Kolej Bennington yang berumur 18 tahun hilang tanpa dikesan di Long Trail.Paula Welden menumpang sebuah kereta ke Long Trail untuk aktiviti mendaki bukit.Namun dia dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kolej.Beberapa orang saksi mengesahkan pernah terserempak dengan Linda semasa beliau tiba di kawasan itu.Walaupun diumumkan ganjaran sebanyak 5,000 dolar dan pertolongan daripada FBI,Paula Welden tetap tidak ditemui sehingga kini.


Tiga bulan selepas kehilangan Paula Welden,James E Tetford pula dilaporkan hilang selepas melawat saudara-maranya di St.Albans.Tetford,bekas askar yang tinggal di Soldier's Home di Benningtion tidak pernah turun dari bas apabila sampai di destinasinya.Paling menghairankan adalah beg dan barang miliknya yang lain masih berada elok didalam bas.


Pertengahan bulan Oktober 1950,seorang ibu terkejut dan ketakutan apabila anak kesayangannya,Paul Jepson,8 tahun, hilang dari ladangnya.Ibunya membiarkannya bermain-main di kandang babi semasa beliau memberi makan haiwan ternakannya.Paul yang berjaket merah tidak dapat dikesan di dalam hutan.Anjing pengesan digunakan untuk mengesan Paul Jepson dan jejaknya berakhir ditepi lebuhraya.Spekulasi kehilangan Paul Jepson menambahkan lagi kekecohan mengenai 'Black Hole' Bennington.